Forum Mahir Bersama Komuniti 2026
11 Januari 2026 | Aktiviti Terkini10 Januari 2026 (Sabtu) - Telah berlangsung Forum MAHIR Bersama Komuniti bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program MAHIR Intake 3. Sesi forum diadakan secara atas talian menggunakan google meet mengikut zon. Peserta NADI Presint 9 Fasa 3 telah menyertai Zon Selatan & Tengah (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya) pada 10 Januari 2026 (Sabtu) bermula pukul 10.00 pagi hingga 11:30 pagi. Peserta NADI Presint 9 Fasa 3 adalah Puan Nurizzati binti Fauzi iaitu pelajar Mahir Jahit intake 3.
Peserta yang hadir secara fizikal ke NADI dan menyertai sesi ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Petugas NADi juga digalakkan untuk menyertai Forum Mahir bagi memahami dengan lebih jelas perjalanan Program Mahir Intake 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
